Masa

-

Jumlah hidangan

-

Jumlah bahan

-

Masakan Negeri

-

Resepi Biskut Tart Nenas Gulung Cair Dalam Mulut Sukatan Cawan

Wani mula belajar buat biskut tart nenas ni masa baru-baru kahwin dulu..hihi.. Wani buat pun, sebab husband suka makan biskut ni. Ceritanya, macam ni..sebelum Wani cuba buat sendiri biskut tart ni, husband ada beli biskut tart..masa tengah makan biskut tart yang dia beli tu, dia ada cakap “mama boleh cuba buat biskut tart macam ni, mungkin lagi sedap ma” , lepas tu duk tanya pulak “mama tak nak try buat biskut ni ke? susah la ma nak jumpa biskut tart gulung yang sedap, yang betul-betul cair dalam mulut..try la buat maa” hehe..sian pulak..jadi, terdetik lah nak cuba buat biskut ni..

Wani mintak resepi dengan kakak lepas tu ajak husband pegi kedai bakery..balik tu Wani terus buat, Alhamdulillah first time buat jadi, seronok pulak buat biskut ni..senang je rupanya buat biskut tart ni.. inti tart nenas tu Wani beli yang dah siap je..resepi biskut tart yang ni mudah sangat, Wani dapat 100 biji biskut tart gulung untuk satu adunan resepi ni, banyak jugak dapat..kalau buat kecik2 dapat 150 biji..masa tu Harris tak ada lagi, takde sape nak kacau..hehe..

Sape yang first time nak cuba buat biskut tart boleh lah cuba resepi biskut tart nenas gulung mudah yang cair dalam mulut ni.. Ok, selamat mencuba..🤗 Insyaallah jadi dan puas hati dapat makan tart nenas gebu cair dalam mulut hasil dari air tangan sendiri..

Resepi Biskut Tart Nenas Gulung Gebu Cair Dalam Mulut Sukatan Cawan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan buttercup
  • 1 sudu besar minyak sapi gee (kalau nak gebu macam yang beli tu letak 2 sudu besar, Wani tak suka gebu sangat nanti tak cantik mudah pecah)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil kfc garam halus (tak nak letak takpe tapi kalau letak lagi sedap)
  • 1 sudu besar butter vanilla (Vanilla biasa pun boleh beza bau lain sikit je)
  • 1 biji kuning telur
  • 3 titik pewarna kuning lemon
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar susu tepung full cream (tak ada takpe)
  • 4 cwan tepung gandum (Wani guna tepung gandum bakers choise tepung biasa pun boleh je)
  • 3 cawan tepung jagung

Bahan Untuk Hiasan:

  • 2 biji kuning telur
  • 5 titik pewarna kuning
  • Kacau sebati, sapu pada bahagian atas biskut.

– Kacau sebati, sapu pada bahagian atas biskut.

Cara penyediaannya:

  1. Satukan butter, gula kastor, minyak sapi, dan garam dalam bekas mix.
  2. Mix 5 minit sampai gebu.
  3. Masukkan kuning telur, butter vanilla, 3 titik pewarna kuning..kalau suka warna terang letak 7 titik, Wani suka warna lembut je.
  4. Mix lagi 3 minit bagi sebati.
  5. Masukkan susu tepung full cream dan tepung kastard.
  6. Kacau sebati dengan senduk kayu je.
  7. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sikit-sikit sampai habis.
  8. Uli doh sampai tak melekat kat tangan. Kalau melekat kat tangan lagi, tambah lagi tepung gandum dan tepung jagung sikit-sikit sehingga tidak melekat ditangan. Sukatan cawan yang kita guna tak sama mungkin akan lari sikit jumlah tepung tu.
  9. Terap doh dengan acuan tart, lebih kurang 5 cm je.
  10. Letak inti tart nenas, terus gulung.
  11. Wani dah gentel siap-siap semua inti tart nenas, senang dan cepat.
  12. Sapu kuning telur dan susun terus kat atas tray oven.
  13. Ulang step sampai habis.
  14. Bakar pada suhu 165-170 selama 25 minit, panaskan oven dulu 5 minit sebelum masukkan tray biskut.
  15. Sejukkan dan boleh simpan dalam balang. Pastikan biskut dah betul-betul sejuk baru simpan dalam balang kalau nak bagi tahan lama tidak berkulat.
  16. Ok.. selamat mencuba..🤗