Masa

30 Minit

Jumlah hidangan

4

Jumlah bahan

18

Masakan Negeri

Thai

Ikan Siakap Stim Limau Thai Yang Rasa Macam Makan Kat Kedai Thai

Kali ni Wani nak share resepi ikan siakap stim limau thai yang rasa macam makan kat kedai thai..Wani ada nak share tips dan rahsia sikit untuk nak dapatkan rasa ikan siakap stim limau yang sangat sedap, rasa sedap lain macam sikit. Mula-mula yang paling penting kena basuh ikan betul-betul..buang semua darah beku kat celah-celah ikan tu, lepastu Wani bancuh asam jawa, garam kasar dan tepung gandum bagi pekat sikit lumur kat ikan pulak kat celah-celah semua..tunggu dalam 15 minit – 30 minit baru basuh balik.. Insyaallah bau hanyir ikan tu hilang. Ada banyak cara sebenarnya nak hilangkan hanyir ikan ni.. Setiap orang ada cara masing-masing..tak kisah lah nak guna cara macam mana pun yang penting hanyir ikan tu hilang.

Rahsia yang Wani cakap nak share tadi tu biasa je, mungkin ada yang dah tau..nak bagi sos stim limau kita sedap lain macam sikit Wani letak asam boi dalam sos, jadi rasa sama macam kita makan ikan stim limau kat kedai thai..nanti Wani share gambar asam boi yang Wani guna. Masa kat kg dulu Wani guna bawang putih jeruk, sedap jugak..kat sini susah sikit nak dapatkan bawang putih jeruk jadi Wani guna asam boi pulak.

Masa kukus ikan pun kena jaga jugak, ikan tak boleh kukus lama sangat, Wani kukus 15 minit je.. kalau lama sangat nanti isi ikan jadi keras tak sedap dan tak fresh. Sekejap je sebenarnya nti masak ikan siakap stim limau ni, penyediaan bahan pun senang je..cuma kena pandai seimbangkan rasa je, tapi kat sini Wani dah bagi siap-siap dah sukatan gula, garam dan bahan-bahan lain. Boleh la cuba resepi yang Wani share ni, dapat la save bajet sikit..makan kat kedai thai kan mahal.. Kalau nak buat ikan siakap stim lemon pun boleh jugak, tukar jela limau kepada lemon.. Insyaallah jadi.. Ok selamat mencuba.. 🤗

Ikan Siakap Stim Limau Thai Yang Rasa Macam Makan Kat Kedai Thai

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 300 ml air/3 cawan air
  • 1/2 labu bawang Holland/bombay – potong dadu
  • 3 ulas bawang putih – cincang halus
  • 3 biji asam boi – masukkan macam tu je/2 labu bawang putih jeruk – cincang halus
  • 2 inci halia muda – potong memanjang
  • 2 batang serai – potong halus menyerong
  • 1 akar daun ketumbar – ketuk je
  • 3 sudu besar kicap sotong/kicap ikan
  • 1 sudu besar jus limau nipis/2 sudu besar kalau tak guna asam boi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 biji cili merah kecil – potong 2
  • 4 biji cili hijau kecil – potong 2
  • 1 biji cili merah besar – simpan separuh untuk tabur masa panas-panas baru masak sebagai hiasan
  • 3 tangkai daun bawang – simpan separuh untuk tabur masa panas-panas baru masak sebagai hiasan
  • 5 tangkai daun ketumbar (kalau tak suka daun ni boleh tukar letak daun sup) – simpan separuh untuk tabur masa panas-panas baru masak sebagai hiasan

Cara Penyediaannya:

  • Basuh bersih ikan dan rendam dengan bancuhan pekat asam jawa, tepung gandum, garam kasar/buku dan sedikit air. Biarkan selama 15 minit – 30 minit.
  • Satukan semua bahan kedalam kuali, kecuali bahan yang simpan untuk hiasan je.
  • Masak dengan api sederhana, kacau sehingga naik bau dan sos menjadi pekat sikit. Kalau nak pekat lagi boleh tambah tepung jagung lagi, bancuh dengan air sikit.
  • Seimbangkan rasa ikut selera, kalau dah ok semua siap lah sos stim limau kita.
  • Didihkan air didalam pengukus, dengan api besar.
  • Masukkan ikan dalam pengukus, (Wani letak dalam loyang je) dan kukus ikan separuh masak selama 5 minit.
  • Cedok sos stim limau yang dah siap tadi, tuang kat atas ikan.
  • Sambung kukus selama 10 minit lagi sehingga ikan masak.
  • Taburkan bahan yang simpan untuk hiasan tadi.
  • Ok, siap untuk dihidangkan.. makan panas-panas tak sedar nasi habis sepinggan ni..😅