Masa

15 Minit

Jumlah hidangan

6

Jumlah bahan

8

Masakan Negeri

-

Resepi Donat Express

Assalamualaikum semua.. Hari ni Wani nak share resepi donat express.. Resepi donat ni cepat je, tak payah tunggu yis kembang pun lepas uli boleh terus goreng.. Sekejap je masa buat donat ni.. kalau tetamu dah sampai pun sempat lagi kita nak buat ya.. Wani sebenarnya dah lama tak buat donat mudah ni, duk tengok-tengok gambar lama kat handphone keluar pulak gambar donat ni.. Rasa nak pergi buat sekarang je, tapi tak boleh pulak kena sabar dulu.. batuk baru nak ok semua ni, berpantang dulu la..

Kuarantin positive covid dah habis tapi batuk belom sembuh elok lagi.. ada lagi sikit-sikit, tolong doakan Wani, suami, Harris dan Baby Raisha cepat baik dari batuk ya.. mintak-mintak takde dah simptom lain lepas ni.. Takpela tunggu dah betul-betul baik nanti buat la donat ni, takut melarat pulak batuk ni.

Wani tak boleh nak makan donat lagi jadi Wani share sini la, blh orang lain buat.. Cuba lah buat resepi donat mudah dan cepat Wani ni.. Biasa Wani buat kejap je licin.. Harris suka sangat makan donat ni, kalau yang beli dia memilih sikit nak makan, yang berminyak dan keras sikit taknak makan dah dia.. 😅

Resepi Donat Express (Resepi Donat Mudah Dan Cepat)

Bahan-bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung full cream (kalau tak ada, tak payah letak takpe)
  • 1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan B:

  • 1 cawan air biasa
  • 1 sudu besar yis mauripan (nak lagi sedap guna yang brand saf-instant, Wani ikut ada je saf-instant susah sikit nak dapat kat kedai runcit takde jual)
  • 2 sudu besar majerin/butter (sudu rata je)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil garam halus (Wani guna garam halus vaccum tu)

Cara Penyediaannya:

  • Satukan bahan A dalam bekas yang sesuai untuk menguli doh
  • Masukkan semua bahan B dalam blender
  • Blender sebati semua bahan B
  • Tuang dalam bekas bahan A
  • Wani kacau dengan sodik kayu bagi sebati dulu baru start uli dengan tangan
  • Tabur tepung di sekeliling doh
  • Uli sehingga doh nampak licin cantik dan tak melekat kat tangan (Jangan cubit2 doh ya, nt lagi lambat nak licin cantik.. tonyoh-tonyoh macam basuh kain sekejap je 😆)
  • Buat bulat-bulat doh bahagi nak berapa biji donat ikut suka la saiz besar mana (Kat tangan mesti ada tepung selalu ya, baru doh sentiasa licin cantik sebab doh ni jenis lembut sangat)
  • Tunggu kembang sikit (kembang sikit je tau) boleh la buat lubang donat dengan jari
  • Siap bentukkan donat boleh terus masukkan dalam minyak panas terus goreng (Baru bentuk donat kita tak rosak, siap bentuk terus masukkan dalam minyak tak payah letak kat tempat lain dulu)
  • Bila bahagian donat yang kene minyak dah kembang boleh la balik donat tu (Api sederhana kecil je jangan api besar ya nanti tak masak dalam)
  • Donat dah masak tos minyak sekejap boleh terus letak gula kastor masa tengah panas-panas tu, kalau dah sejuk nanti tak lekat gula pulak (Wani suka campur garam halus vaccum sikit dalam gula kastor tu, akan jadi rasa lemak-lemak gitu donat kita.. Wani letak hujung sudu kecil je)
  • Ok siap untuk dihidangkan.. sejekap je buat donat ikut resepi ni, tak payah tunggu yis kembang dulu, blender je boleh terus uli doh.. Kalau tetamu dah sampai pun sempat buat tau.. Selamat mencuba.. 🤗