Resepi Karipap Rangup Berjerawat
Resepi karipap ni untuk 2 cawan tepung je, dapat la 15 biji karipap saiz sederhana.. boleh la untuk 2 kali goreng.. Wani tengah pregnant ni rasa tak larat pulak nak buat karipap banyak-banyak, cukup la 2 cawan je sekali buat. Tak larat dah nak buat macam biasa 1 kg tepung sekali buat, sakit pinggang nak siapkan.
Sekarang senang, untuk inti kentang Wani buat banyak terus, lepastu Wani frozen kan je, rasa nak makan karipap wani buat doh karipap je, sekejap je siap untuk 2 cawan tepung, dalam 30 minit je siap. Sape yang tak larat nak buat karipap banyak-banyak tu boleh la cuba resepi Wani ni.. Resepi ni Wani paling suka, karipap rangup berjerawat, sekejap je licin Harris makan..😁
Resepi Karipap Rangup Berjerawat (Untuk 2 cawan tepung)
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar penuh tepung jagung
- 2 sudu besar penuh tepung beras (Wani guna cap teratai)
- 1 sudu kecil kfc garam halus vaccum
- 1/2 cawan air sejuk berais
- 1 sudu besar air kapur
- 1 sudu besar penuh majerin
- 3 sudu besar minyak masak
Cara penyediaannya:
- Satukan semua jenis tepung dan garam dalam satu bekas yang sesuai untuk menguli doh.
- Panaskan minyak masak dengan majerin sehingga mendidih.
- Masukkan dalam bekas tepung, kacau dengan sudu skejap masa panas-panas tu, bila dah suam-suam sikit gaul sebati dengan tangan sampai jadi macam serbuk roti.
- Masukkan air kapur bersama air berais tadi, dan uli sehingga menjadi doh tak melekat kat tangan.
- Tutup dengan kain atau dengan plastik biarkan sekejap ( kene tutup tak nak bagi doh kering), dalam 15 minit je. Bagi doh rehat dulu.
- Ok doh dah jadi makin lembut, uli2 sikit.
- Boleh la mula mencanai, letak inti dan claim tepi karipap (kalau tak pandai nak claim tepi karipap, guna acuan karipap pun boleh je).
- Panaskan kuali dengan api sederhana kecil.
- Goreng sehingga keperangan. (Tips: Minyak mesti betul-betul panas baru masukkan karipap, untuk dapatkan kulit karipap berjerawat sama macam dalam gambar).
- Ok siap untuk dihidangkan..
- Untuk resepi inti kentang nanti ada masa Wani update balik kt sini ya.. 🤗