Masa

45 Minit

Jumlah hidangan

8

Jumlah bahan

18

Masakan Negeri

Thai

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Thai Untuk Dua Ekor Ikan

Kali ni Wani nak share resepi ikan siakap stim limau untuk 2 ekor ikan pulak.. sebelum ni Wani ada share untuk satu ekor ikan je.. Jadi sape nak masak untuk dua ekor ikan boleh rujuk resepi ni pulak.. kalau nak makan ramai-ramai mesti la tak cukup nak masak sekor je..nanti ada yang jilat jari kan.. hihi..😆

Gambar yang Wani share ni, gambar masa Wani masak kat rumah MIL hari tu.. Wani kalau balik rumah MIL hari minggu memang akan masak, bawak lauk mentah dengan bahan-bahan sekali senang..bukan ape bawak semua tu, senang sikit boleh terus masak je..tak perlu nak bukak peti ais rumah MIL, nak kena cari bahan dulu.

Kalau nak masak rumah MIL Wani akan cari menu simple je.. yang masa nak masak tu tak lama sangat..sebab nak hadkan masa kat dapur.. boleh santai-santai sikit.. nak menyembang dengan MIL lagi kan.. sekali sekala tu ada la jugak Wani masak yang banyak renyah sikit..

Sape yang tak tau nak masak ape masa balik rumah Mak atau rumah MIL tu boleh lah cuba resepi ikan siakap stim limau thai ni..nak tukar ikan lain pun boleh je..ikut selera lah suka makan ikan ape..nak tukar buat ikan stim lemon thai pun boleh.. Ok, selamat mencuba.. Insyaallah jadi..senang je..rasa macam yang makan kat kedai thai, jimat sangat masak sendiri.

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Thai Yang Rasa Macam Makan Kat Kedai Thai Untuk Dua Ekor Ikan

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan siakap
  • 600 ml air/6 cawan air
  • 1 labu bawang Holland/bombay – potong dadu
  • 7 ulas bawang putih – cincang halus
  • 6 biji asam boi – masukkan macam tu je/4 labu bawang putih jeruk – cincang halus
  • 3 ketul halia muda (rujuk gambar yang Wani share) – potong memanjang
  • 3 batang serai – potong halus
  • 2 akar daun ketumbar – ketuk je
  • 6 sudu besar kicap sotong/kicap ikan
  • 2 sudu besar jus limau nipis/4 sudu besar kalau tak guna asam boi dengan bawang jeruk
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 4 biji cili merah kecil – potong 2
  • 6 biji cili hijau kecil – potong 2
  • 1 biji cili merah besar – potong serong memanjang, simpan separuh untuk tabur masa panas-panas baru masak sebagai hiasan
  • 2 biji cili hijau besar – potong serong memanjang, simpan separuh untuk tabur masa panas-panas baru masak sebagai hiasan
  • 7 tangkai daun bawang – simpan separuh untuk tabur masa panas-panas baru masak sebagai hiasan
  • 7 tangkai daun ketumbar (kalau tak suka daun ni boleh tukar letak daun sup) – simpan separuh untuk tabur masa panas-panas baru masak sebagai hiasan

Cara Penyediaannya:

  1. Basuh bersih ikan dan rendam dengan bancuhan pekat asam jawa, tepung gandum, garam kasar/buku dan sedikit air. Biarkan selama 15 – 30 minit.
  2. Satukan semua bahan kedalam kuali, kecuali bahan yang simpan untuk hiasan.
  3. Masak dengan api sederhana, kacau sehingga naik bau dan sos menjadi pekat sikit. Kalau nak pekat lagi boleh tambah tepung jagung lagi, kena bancuh dengan air sikit baru masukkan.
  4. Seimbangkan rasa ikut selera, dah ok semua ok siap lah sos stim limau kita.
  5. Didihkan air didalam pengukus, dengan api besar.
  6. Masukkan ikan dalam pengukus, (Wani letak dalam loyang je, Wani kukus sekor-sekor ikan tu) dan kukus ikan separuh masak selama 5 minit.
  7. Cedok sos stim limau yang dah siap tadi, tuang kat atas ikan.
  8. Sambung kukus selama 10 minit lagi sehingga ikan masak.
  9. Taburkan bahan yang simpan untuk hiasan tadi.
  10. Ok, siap untuk dihidangkan.. makan panas-panas tak sedar nasi habis sepinggan..😆