Masa

-

Jumlah hidangan

-

Jumlah bahan

-

Masakan Negeri

-

Resepi Ayam Goreng Berempah Nasi Kukus

Tengah hari tadi Wani rasa malas je nak masak, teringat kari semalam ada lebih lagi.. Wani goreng ayam jela senang, Harris pun laju je makan nasi kalau Wani masak ayam goreng berempah, suka sangat dia kutip serdak-serdak rempah ayam yang rangup tu.. Ada masa sikit ni boleh la share resepi ayam goreng berempah kat sini jap.. Harris tido awal malam ni.. Mama harris boleh rehat awal sikit lah..hihi..

Resepi ayam goreng berempah ni rasa sama macam ayam goreng berempah nasi kukus tau.. Dulu-dulu Wani goreng ayam goreng berempah letak halia, patut la tak jadi sangat..melekat kat kuali kadang-kadang jadi hitam..huhu.. dulu tak tau lagi orang goreng ayam goreng berempah tak letak halia tapi kene letak lengkuas..nasib baik la ada terbaca resepi kat facebook ada orang baik hati shere resepi kat situ.. dah baca lupa nak save pulak.. cuba la buat sendiri..ingat-ingat macamtu jela.. sekali jadi pulak.. wangi semerbak satu rumah masa tengah goreng tu.. bau macam kat kedai nasi kukus gitu..hehe.. terus tulis resepi elok-elok simpan.. bukan ape kita kan kadang bila dah lama tak buat lupa jugak resepinya..padahal kita dah selalu buat.. pelupa betul lah Wani ni.. faktor umur kot..hihi.. ke ada jugak orang lain sama macam Wani? 😅

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam – potong 4 cuci bersih ( kalau ayam jenis kecil boleh lebihkan ayam ye)
  • 1 batang serai (ambik bnyak sikit sampai atas)
  • 1 cm lengkuas
  • secubit biji ketumbar (secubit dalam 6,7 biji je, tak sedap letak banyak-banyak)
  • secubit lada hitam
  • secubit lada sulah
  • secubit jintan manis
  • secubit jintan putih
  • 1 sudu kecil garam halus
  • secubit ajinomoto
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • sedikit air – agak-agak boleh kisar je

Cara penyediaannya:

  • Satukan semua bahan didalam pengisar, kecuali ayam.
  • Kisar halus, dan lumur pada ayam yang dah siap dicuci tadi.
  • Perap 15 minit atau boleh terus goreng.
  • ok siap.. Selamat mencuba.. lepas ni buat sendiri jela nasi kukus.. nanti ada masa Wani share resepi nasi kukus lengkap ye.. 🤗