Masa

-

Jumlah hidangan

-

Jumlah bahan

-

Masakan Negeri

-

Resepi Biskut Almond London

Bahan-bahan dan cara penyediaan doh biskut:

  • 1 1/4 cawan buttercup/250g buttercup
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil kfc garam
  • 3/4 cawan gula icing atau gula kasar tu blender halus sendiri pun boleh
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil butter vanilla/creamy vanilla

(Mix 3 minit sampai gebu)*

  • 1/2 cawan serbuk badam – Wani blender kacang badam mentah dalam suku cawan je (dlm 10 biji badam je), dapat 1/2 cawan serbuk badam (nak beli serbuk badam tak ada musim PKPB ni banyak dah habis, jadi Wani blender sendiri jela)
  • 1/2 cawan conflake – blender halus
  • 2 sudu besar susu tepung full cream
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan tepung jagung

(Kacau bagi sebati dulu)*

  • 4 cawan tepung gandum
  • Masukkan tepung gandum sikit-sikit sambil uli sampai tak melekat kat tangan. Ikut keselesaan masing-masing ye.. Kalau perlu boleh tambah lagi tepung, sebab sukatan cawan kan.. Cawan kita mungkin tak sama.
  • Bila doh dah siap boleh la start menggentel biskut.

Cara Membakar Kacang Almond:

  • 150 biji kacang Almond (kalau nak rangup tahan lama boleh jemur dulu dalam 2,3 jam, boleh elak kacang tak jadi lemau bila jadi inti.
  • Sangai diatas kuali dengan api kecil tanpa minyak dalam 10 minit sehingga masak.
  • Sejukkan dan siap untuk dijadikan inti biskut almond kita

Kacang almond nips:

  • Sangai sekejap dengan api kecil sampai nampak kuning-kuning sikit je.
  • Kena sentiasa kacau tau nanti hangus dan masak tak sekata.
  • Sejukkan dan siap untuk ditabur atas biskut.

Cara membakar biskut:

  • Siap doh boleh terus gentelkan dengan berinti almond sebiji, susun atas loyang dan boleh bakar
  • Bakar pada suhu 165 selama 30 minit.. Panaskn oven dulu 5 minit baru masukkan biskut. Ikut suhu oven masing-masing ya, oven Wani kecil comel je yang 20L.
  • Sejukkan dulu biskut baru boleh celup coklat cair.

Bahan-bahan dan cara penyediaan coklat cair:

  • 200g milk compound beryl’s
  • 1 sudu besar coco butter
  • 1 sudu kecik minyak masak
  • Satukan semua bahan, cairkan coklat dibawah double boil, kacau sebati. (Kalau ada microwave boleh cairkan guna microwave je senang, terpulang ikut keselesaan masing-masing la ya)
  • Terus celup biskut yang dah sejuk tadi bagi bersalut cantik dan masukkan dalam paper cup.
  • Tabur almond nips, susun dalam loyang dan boleh masukkan dalam peti ais sekejap (dalam 10 minit je).
  • Keluar dari peti ais tu dedahkan pada suhu bilik sekejap bagi hilang wap sejuk.
  • Ok siap, boleh susun dalam balang dah boleh jual. 🤗