Masa

-

Jumlah hidangan

-

Jumlah bahan

-

Masakan Negeri

-

Soft Red Velvet Marble Cake Super Fluffy

Soft Red Velvet Marble Cake ni Wani saje cuba buat masa tengah viral donat red velvet hari tu, sebenarnya teliur tengok gambar donat red velvet yang viral tu tapi rasa malas pulak nak buat donat sebab banyak renyah sikit donat ni.. lagi satu masa tu Wani dengan anak-anak baru je baik dari batuk, cuba la la elak makan makanan yang berminyak dan bergula yang boleh buat jadi rasa melekit kat tekak sebab dah rasa serik asyik batuk je hari tu dahla batuk susah nak sembuh.

Jadi nak senang dan nak mengelakkan dari sakit tekak Wani cuba la buat Kek Marble Red Velvet ni, masa tu ada cream cheese Philadelphia jadi rasa lagi padu, jadi la Soft Red Velvet Cheese Marble. Puas hati lah rasa dapat makan kek ni puas makan, Harris dengan Raisha pun suka sangat sama naik la Mama dengan Papa dia sekali duk ulang makan laju je habis tak sampai petang. 🤭Abang Harris cakap “sedap sangat kek ni Mama.. nanti Abang Harris nak Mama buat lagi tau, bahan ada lagi ke Mama” Pujian tak pernah mengecewakan Abang Harris Mama ni. 😆

Boleh la cuba buat, takde cheese pun sedap jugak.. tak sampai petang jugak laju je habis. 🤭 Wani letak ikut apa yang ada dalam peti ais je slice cheese pun Wani letak je, cubit-cubit tabur je kt atas masa dah siap buat corak marble tu. Ok, Selamat mencuba ya.. 🤗 Doakan Wani sihat selalu dan dipermudahkan urusan untuk share bnyak lagi resepi kat sini.. Terima kasih.. 😊

Soft Red Velvet Marble Cake Super Fluffy (Kek Marble Red Velvet Super Gebu)

Bahan-bahan:

  • 1 cawan butter cair@majerin cair (Masukkan nanti siap mix dan kacau sebati)
  • 6 biji telur gred B (Kalau boleh guna telur baru, klau kita pecahkan tu telur kuning tak pecah
  • 3/4 cawan gula halus (Dekat nak sampai 1 cawan)
  • 1/2 cawan susu cair @ santan pekat (Wani guna susu cair Carnation je)
  • 1 sudu kecil butter vanila@esen vanilla (Wani guna butter vanilla)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 cawan susu tepung 
  • 2 cawan tepung gandum (Wani guna tepung cap sauh je, kalau guna tepung jenis halus kene lebihkan 1/2 cawan tau)

Bahan-bahan untuk corak Marble Red Velvet:

  • 1 senduk adunan kek
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu kecil emolco Red Velvet

Cara penyediaan:

  • Masukkan semua bahan dalam bekas mix, kcuali majerin cair 
  • Mula-mula mix slow 1 minit (no.2) bagi sebati dulu, lepas tu wani mix laju 3 minit (no.4@5) sampai gebu (bergantung pada mixer masing-masing ye lama mana nak jadi gebu tu). Bila tengok adunan dah gebu gebas tu ok la..
  • Masukkan majerin cair, dan mix slow no.1 sehingga sebati (nak guna teknik kaup balik dengan sodik kayu pun boleh kalau rajin)
  • Kaup 1 senduk untuk buat corak marble kt bahagian atas kek nanti. Campurkan dengan serbuk koko 1 sudu kecil dan emolco Red Velvet 1 sudu kecil. Kacau kaub balik sehingga sebati.
  • Tuangkan selebihnya dalam loyang saiz 10 inci yang dah siap letak majerin, (tips: Wani taburkan tepung gandum sikit-sikit untuk memudahkan kita keluarkan kek dari loyang) kalau nak senang guna baking paper je.
  • Tompok-tompokkan adunan Red velvet tadi kat atas tu.. buat gerakkan S menggunakan lidi, lalu kat bahagian yang kita tompok2 tadi untuk jadikan corak marble cantik.
  • Kalau nak letak cheese pun boleh je cubit2 tabur slice cheese kt bahagian atas tu.
  • Kalau nak guna cream cheese kene mix dulu cream cheese dengan 3 sudu besar gula dan 125g cream cheese sehingga sebati cantik. Tompok-tompokkan je kt bahagian atas kek, nak cantik letak tompok masa sebelom buat corak tadi.
  • Wani bakar pada suhu 165°C~170°C selama 55 minit, panaskan oven selama 5 minit baru masukkan kek. ( biasanya suhu ni kena ikut oven masing-masing, oven wani saiz kecil comel je 20L..😆)
  • Bila kek dah masak, cepat-cepat terbalikkan diatas redai oven yang dialas dengan baking paper selama 5 minit
  • Wani ketuk-ketuk sikit loyang tu, lepas tu wani terus boleh angkat loyang dengan senang je kalau masa tak guna baking paper (kek cantik je keluar dari loyang), dan wani terbalikkan semula diatas papan kek.

Selamat mencuba.. 🤗