Masa

-

Jumlah hidangan

-

Jumlah bahan

-

Masakan Negeri

-

Resepi Spaghetti Bolognese Simple

Cara buat kuah Spaghetti Bolognese Simple ni mudah je, guna bahan-bahan yang selalu ada kat rumah je.. cuma kena ada oregano jela, sekali buat kita guna sikit je oregano tu klau letak banyak tak sedap jadi muak pulak..

Buat sendiri guna resepi Wani ni dapat jimat sangat tau, kalau teringin nak makan spaghetti bolognese masa dah hujung bulan masa dalam dompet dah nipis tu sesuai sangat la buat ikut resepi Wani je.. kalau tak hujung bulan pun boleh, Wani memang buat guna resepi ni je dari dulu lagi, memang resepi ni favourite husband Wani.

Boleh la cuba buat guna Resepi Spaghetti Bolognese Homade Simple dari Wani ni, mudah sangat dan jimat sangat guna bahan-bahan biasa je tapi rasa sedap sangat tau.. orang yang tak suka spghetti bolognese pun akan jadi suka makan bila cuba makan yang ikut resepi ni tau.. Ok, selamat mencuba ya..🤗

Bahan-bahan A:

  • 5 ulas bawang putih – Cincang halus
  • 300g – 500g isi ayam atau daging (boleh guna daging atau ayam cincang yang dah siap, Wani blender sendiri je guna blender shimono)
  • 6 batang hot dog – potong nipis2
  • 6 biji cendawan butang (tak letak pun takpe)
  • 1 sudu kecil daun oregano kering

Bahan-bahan B:

  • 10-15 ulas bawang merah kecil atau 3-4ulas bawang merah besar
  • 2-3 biji tomato 🍅 
  • 7 biji cili kering ( Wani guna cili kering yang jenis besar yang tak pedas tu)
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah

*Blender halus semua bahan-bahan B

Bahan-bahan lain:

  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Secukup rasa garam

Cara penyediaannya:

  • Panaskan sedikit minyak masak untuk menumis, boleh jugak guna olive oil, tapi biasanya Wani guna minyak masak biasa je
  • Tumis bawang putih sehingga kekuningan
  • Masukkan isi ayam/daging, pecah-pecahkan isi ayam/daging, masukkan oregano dan tumis sehingga isi ayam jadi kekuningan sedikit
  • Masukkan hotdog (boleh masukkan bersama cendawan butang kalau ada), tumis sehingga naik bau dan sedikit kembang
  • Masukkan bahan B, dan tumis sehingga pecah minyak
  • masukkan 1 cawan air, sedikit garam, 2 sudu besar sos cili dan 2 sudu besar susu pekat manis
  • Kacau sehingga sos sebati cantik dalam 15 minit dengan api sederhana
  • Siap untuk dihidangkan bersama cheese