Masa

-

Jumlah hidangan

-

Jumlah bahan

-

Masakan Negeri

-

Masak Singgan Tulang dan Daging Kelantan

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging
  • 4 ketul bahagian tulang
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk kasar
  • 5 ulas bawang merah – tumbuk kasar
  • 1 cm lengkuas – tumbuk kasar
  • 1 sb biji ketumbar – tumbuk halus
  • 3 sb cili kering – yang telah dikisar halus
  • 2 keping asam keping

Cara penyediaannya:

  1. Rebus daging bersama bahagian tulang selama 30-40 minit dengan api sederhana.
  2. Masukkan semua bahan yang ditumbuk kasar tadi bersama cili kering dan asam keping.
  3. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Biarkan mendidih lagi sehingga daging dan urat di bahagian tulang empuk. (Masukkan beberapa biji kurma untuk daging cepat empuk, biji sahaja ye)
  6. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.