Masa

20 Minit

Jumlah hidangan

5

Jumlah bahan

11

Masakan Negeri

Kelantan

Resepi Kuih Ketayap Mudah Versi Kelantan

Pagi tadi Wani rasa nak makan Kuih Ketayap, terus call MIL tanya resepi. Hari tu pernah makan yang MIL buat, sedap dan lembut sangat.. lepas tu Wani ada teringat MIL cakap “Mak kalau nak cepat buat Kuih Ketayap je, cepat dan mudah”. Terima kasih MIL bagi resepi.. Alhamdulillah jadi elok Kuih Ketayap Lembut Versi Kelantan Wani. Beza sikit je Kuih Ketayap Kelantan dengan tempat lain.. Kuih Ketayap Kelantan inti kelapa tu letak gula putih dan Kuih Ketayap Selangor ni inti kelapa letak gula melaka atau gula nis’se orang Kelantan Panggil..hehe.. 😊 Ok, Wani share Resepi Kuih Ketayap MIL Wani kat sini ye.. Resepi kuih ketayap ni resepi anti tak jadi.. memang senang sangat semudah A,B,C je tau..hihi.. Selamat mencuba.. 🤗

Resepi Kuih Ketayap Mudah Versi Kelantan By My MIL (Orang Kelantan Panggil Kuih Bantal Buruk)

Bahan-bahan inti kelapa:

  • 1 cawan kelapa putih
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung beras pulut
  • 3 sudu besar gula kasar
  • 1/2 sudu kecil KFC garam

Cara penyediaannya:

  • Masukkan semua bahan kedalam kuali, masak sehingga sebati dan likat dengan api sederhana.
  • Siap untuk digunakan.

Bahan-bahan untuk kulit kuih ketayap:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur gred B
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil KFC
  • 2 titik pewarna hijau apple
  • 1 sudu kecil KFC emolco pandan coconut atau 3 helai daun pandan blender dengan 2 cawan air tadi

Cara penyediaannya:

  • Panaskan kuali hitam leper dengan api sederhana kecil, besar sikit dari kecikkan api nasi je.. nak guna kuali pan tu pun boleh..Wani biasa guna kuali hitam tu je..
  • Masukkan semua bahan dalam satu bekas
  • Kacau sebati menggunakan wisk nak guna senduk pun boleh..guna lah ape2 pun asalkan boleh kacau bagi sebati
  • Ok dah boleh mula bakar..
  • Sendukkan satu senduk letak atas kuali, ratakan buat gerakan bulat dengan belakang senduk bagi rata.
  • Tengok semua dh bertukar warna boleh lah angkat letak kat atas pinggan, letak inti dan cepat-cepat gulung. kalau sejuk baru nk gulung takut tak melekat pulak.
  • Ulang step sampai habis.
  • Siap untuk dihidangkan.. 🤗 Makan suam2 nikmat betul musim-musim pkp ni.. 😊