Resepi Kek Pisang Super fluffy
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 1 sudu besar ovallete
- 1 sudu kecil butter vanilla (esen vanilla biasa pun boleh)
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 cawan pisang yang siap lenyet (Wani guna 2 biji pisang berangan jenis besar kalau nak lagi sedap boleh guna pisang emas)
- 2 titik pewarna kuning
- 1 cawan minyak masak
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan susu tepung full cream (tak ada takpe)
- 1 sudu besar baking powder
- 1/2 susu kecil kfc garam halus vaccum
- 1 cawan air panas
Untuk hiasan atas kek:
- Coklat coin secukupnya (Wani guna beryl’s compound milk coin)
- Hirisan pisang secukupnya – Potong nipis je, kalau tebal nanti jadi tenggelam ke bawah (Wani guna 1 biji pisang berangan je)
Cara Penyediaannya:
- Mix/Blendkan telur, ovallete, butter vanilla bersama gula hingga kembang
- Masukan pula susu mix sebati
- Masukan pula minyak mix sebati
- Masukkan tepung gandum, susu tepung, baking powder dan garam (nak senang, satukan terus dalam satu mangkuk bahan2 ni, kalau rajin boleh ayakkan dulu.. Wani tak rajin, tak ayak pun 😆) Bahan-bahan ni masukkan bersama 1 cawan air panas sedikit-sedikit sehingga habis (mix slow je, sehingga semua sebati, kalau guna blender boleh guna kaedah kaub balik je sehingga sebati)
- Tuangkan adunan dalam loyang saiz 9″ atau saiz 10″ yang dah siap letak majerin, nak tinggi cantik guna loyang saiz 9″ (Wani suka guna saiz 10″ je) Tips: Wani taburkan tepung gandum sikit-sikit kat loyang masa lepas letak majerin tu untuk memudahkan kita keluarkan kek dari loyang, kalau nak guna baking paper pun boleh. Biasa Wani buat macam ni masa baking paper habis je)
- Bakar pada suhu 165°C~170°C selama 55 minit, panaskan oven selama 5 minit baru masukkan kek. ( biasanya suhu ni kena ikut oven masing-masing, oven wani saiz kecil comel je..😆)
- Bila kek dah masak, cepat-cepat terbalikkan diatas redai oven yang dialas dengan baking paper atau disapu majerin. Wani ketuk-ketuk sikit loyang tu, terus boleh angkat loyang dengan senang je kalau guna tips Wani tadi (cantik je kek keluar dari loyang), kemudian selepas 5 minit wani terbalikkan semula diatas papan kek.
- Siap untuk dihidangkan..Selamat mencuba..🤗