Masa

1 Jam 15 Minit

Jumlah hidangan

10

Jumlah bahan

12

Masakan Negeri

-

Kek Pandan Kelapa Gebu Rasa Macam Kek Apollo

Kek Pandan ni Wani mula buat masa Wani habis berpantang 44 hari haritu.. Sekarang Harris dah nak masuk 2 tahun 8 bulan tak lama dah nak masuk 3 tahun, cepat betul masa berlalu.. Masa habis berpantang hari tu memang craving betul nak makan makanan manis..nak makan kek lah..nak makan kuih muih lah..nk makan biskut lah..perut ni asyik lapar je.. kadang-kadang tu macam kebulur.. hehe..memang macam tu kan anak fully breastfeed. Wani rasa ramai ibu kat luar sana yang macam Wani kan..hihi

Nasib baik la Resepi Kek Pandan Kelapa ni mudah je, masukkan semua bahan macam tu je tak banyak renyah.. Memang betul rasa Kek Pandan Kelapa ni rasa macam Kek Apollo ramai cakap macam tu.. biasa Wani bawak pegi mane pun sekejap je licin.. sebiji kek ni Wani makan sorang pun tak sampai sehari habis..hehe.. tapi masa dalam pantang hari tu la..masa tu takpe la badan sekeping je.. yela susu meriah sangat.. Alhamdulillah..🤲🏼
Sekarang sabar jelah lemak-lemak dah makin meriah..kalau makan kek banyak macam hari tu lagi bahagia lah lemak-lemak yang sedia ada ni..hahaha 😂
Wani share Resepi Kek Pandan Kelapa Gebu yang Rasa Macam Kek Apollo kat bawah ni ye..Cuba lah buat.. Insyaallah jadi.. Selamat mencuba..🤗

Kek Pandan Kelapa Gebu Rasa Macam Kek Apollo (Soft Pandan Coconut Cake)

Bahan-bahan:

  • 1 cawan butter cair@majerin cair (masukkan nanti siap mix dan kacau sebati)
  • 6 biji telur gred B (kalau boleh guna telur baru, kalau kita pecahkan tu telur kuning tak pecah
  • 3/4 cawan gula kastor (dekat nk sampai 1 cawan)
  • 1/2 sudu kecil KFC garam halus vaccum
  • 1/2 cawan susu cair @ santan pekat (wani guna susu cair dairy champ je)
  • 1 sudu kecil creamy vanila@esen vanilla (wani guna creamy vanilla) (tak nak letak pun takpe)
  • 1 sudu besar emolco pandan coconut
  • 5 titik pewarna hijau apple
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 2 cawan tepung gandum

Cara penyediaannya:

  • Masukkan semua bahan dalam bekas mix, kcuali majerin cair
  • Mula-mula mix slow 1 minit (no.2) bagi sebati dulu, lepas tu Wani mix laju 3 minit (no.4@5) sampai gebu (bergantung pada mixer masing-masing ye lama mana nak jadi gebu tu). Bila tengok adunan dah gebu gebas berubah warna cerah sikit tu ok la
  • Masukkan majerin cair, dan kacau sehingga sebati (kaup balik je dengan sodik kayu) (Tips: Pastikan majerin cair tu suam-suam sikit, suam macam bancuh susu kat baby je.. Untuk nak hasilkan texture kek yang lembab)
  • Tuangkan dalam loyang saiz 9″ atau saiz 10″ yang dah siap letak majerin, (tips: Wani taburkan tepung gandum sikit-sikit untuk memudahkan kita keluarkan kek dari loyang) kalau nak guna baking paper pun boleh.
  • Bakar pada suhu 165°C~170°Cselama 55 minit, panaskan oven selama 5 minit baru masukkan kek. ( biasanya suhu ni kena ikut oven masing-masing, oven wani saiz kecil comel je..😆)
  • Masa kek baru masak panas-panas tu, cepat-cepat terbalikkan diatas redai oven yang dialas dengan baking paper atau yang disapu majerin. Wani ketuk-ketuk sikit loyang tu, terus boleh angkat loyang dengan senang je (cantik je kek keluar dari loyang), kemudian selepas 5 minit wani terbalikkan semula diatas papan kek.
  • Bila dh sejuk tu boleh lah nak hias dengan whipping cream buat kek harijadi ke.. dengan cream cheese lepastu parut mozzarella cheese pulak ke..ikut selera lah ye..makan macam tu pun sedap rasa macam kek apolo versi kurang manis.. hehe 😆