Masa

1 Jam

Jumlah hidangan

10 Orang

Jumlah bahan

15

Masakan Negeri

Kelantan

Gulai Ikan Macam Nasi Air Dingin Tumpat Kelantan

Hari ni Wani nak share resepi ikan masak lemak atau orang Kelantan panggil gulai ikan. Gulai ikan yang Wani nak share kali ni gulai ikan yang sama macam gulai ikan nasi berlauk pagi, nasi air dingin yang terkenal di Kelantan. Kalau orang Kota Bharu mesti kenal.. pagi-pagi banyak orang jual kat tepi jalan-jalan utama kat area Kota Bharu, biasanya makan sebungkus mesti tak cukup, kalau orang jenis kuat makan..hihi

Jenis ikan yang sesuai buat gulai ikan ala nasi air dingin tumpat ni, biasanya orang guna ikan tongkol atau ikan “ayo” orang kelantan panggil..ada je orang guna ikan sardin atau orang kelantan panggil ikan “selaye”. Rasa gulai ikan ni ada rasa manis, masin , lemak,  pedas sikit, dan masam pun ada sikit. Husband Wani bukan asal Kelantan pun suka gulai ikan macam ni, dia cakap kalau simpan dalam peti ais dan esok tu panaskan yang semalam rasa lagi sedap..dia jadi sebati elok kot.

Wani dah share resepi ni boleh la cuba masak sendiri puas sikit boleh makan banyak dan boleh jimat kalau anak ramai..hehe.. tak tau la tekak orang lain macam mana, tapi ada kawan Wani cakap rasa sama macam ikan gulai nasi air dingin tumpat kelantan tu..dia masak sendiri je, Wani bagi resepi ni kat dia. Ok selamat mencuba ye.. Mintak maaf kalau ada yang kurang..kalau tak faham boleh komen kat bawah ye.. 🤗

Gulai Ikan Macam Nasi Air Dingin Tumpat ( Ikan Masak Lemak Kelantan )


Bahan-bahan: 

  • 1/2 kg ikan tongkol atau ikan ayo

Bahan-bahan untuk merebus ikan:

  • 4 keping asam keping
  • 1 sudu besar garam kasar (kalau takde garam halus pun boleh)
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 4 sb gula melaka (yang hancur) atau 1 kerek ni’se kelantan
  • Air paras ikan (jangan lebih)

Bahan-bahan untuk masak lemak:

  • 5 ulas bawang merah Wani guna jenis kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 keping lengkuas (yang dipotong sederhana nipis)
  • 2 cm kunyit hidup
  • secubit belacan
  • 2 sudu besar cili kering (yang sudah di blender halus)
  • 1 sudu besar serbuk kari – Wani guna brand adabi
  • 7 biji cili padi (dititik hujungnya)
  • 1 biji timun (potong kecil)
  • sedikit gula melaka
  • sedikit garam
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 biji kelapa parut (perah dengan 2 cawan air)

Cara penyediaannya:

Rebus ikan

  1. Sediakan periuk yang sesuai untuk rebus ikan.
  2. Masukan ikan dan letak semua bahan-bahan lain kat atas ikan. (Pastikan air tidak melebihi paras ikan dan pastikan periuk ditutup semasa merebus untuk ikan masak dengan sempurna)
  3. Masak dengan api sederhana selama 20-30 minit. Masak sampai air ikan jadi pekat, kalau tengok jadi macam air gula nisan macam tu boleh tutup api. Letak tepi dulu.. (Kalau rebus sekejap sangat nanti isi ikan tak jadi lemak, jadi macam ikan rebus biasa je) Isi ikan jadi lemak sangat bila rebus macam ni.. makan macam ni pun sedap sangat dah.

Masak lemak ikan/Gulai ikan

  1. Blender bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup dan sedikit belacan
  2. Panaskan kuali/periuk yang selesa dengan api sederhana kecil
  3. Masukan 3 sudu besar minyak masak, tumis bahan blender tadi bersama cili padi dan cili kering
  4. Tumis sehingga pecah minyak, masukkan sedikit air bagi basah sikit
  5. Masukkan serbuk kari, kacau sebati sehingga pecah minyak kejap
  6. Masukkan santan dan asam keping.
  7. Kacau lagi sehingga mendidih. (lepas masukan santan, pastikan sentiasa kacau sehingga mendidih untuk mengelakkan santan beku/berketul)
  8. Masukkan sedikit gula melaka, garam dan ikan yang kita dah rebus tadi. Tunggu mendidih sekali lagi
  9. Masukkan timun tunggu bagi layu kejap
  10. Rasa ikut selera sendiri ,kalau ada yang kurang boleh tambah lagi gula melaka atau garam
  11. Bila kuah dah sebati cantik boleh la tutup api dan sedia untuk dihidangkan
  12. Selamat mencuba.. 🤗