Masa

30 Minit

Jumlah hidangan

4

Jumlah bahan

19

Masakan Negeri

-

Cara Buat Sizzling Yee Mee Homemade Tanpa Guna Hot Plate

Untuk sape yang nak dapatkan Sizzling yang puas hati, pengemar Sizzling mestilah belajar buat Sizzling Yee Mee Homemade dirumah. Caranya mudah sangat, ikut je step by step yang Wani bagi ni, mesti jadi. Wani suka sangat makan yang homemade kat rumah sendiri, sebab Wani boleh letak mushroom shiitake dan ayam lebih sikit. Kalau sape yang suka lada hitam boleh la letak banyak sikit, ada hari tu sekali Wani makan kt Food Court lada hitam pun tak rasa sangat..jadi bila buat sendiri kat rumah, boleh la kita letak secukup rasa baru puas hati makan.
Tanpa hot plate tak menghalang untuk kita buat Sizzling Yee Mee kat rumah tau, Wani guna kuali hitam yang MIL bagi je..hihi 🤭 kalau tak ada kuali hitam boleh je guna kuali biasa kt rumah tu..Wani saje je nak bagi sama sikit dengan hot plate tu, jenis besi tebal macam tu..😅 Musim COVID-19 ni susah sikit nak cari hot plate, guna jela kuali hitam yang MIL bagi nasib baik kuali hitam tu jenis dalam macam kuali sikit. Alhamdulillah jimat tak payah beli, jimat masak sendiri dah satu..hehe🤭 Cuba lah buat, Insyaallah berpuas hati.. Selamat mencuba ye..🤗

Cara Buat Sizzling Yee Mee Homemade Tanpa Guna Hot Plate. Pakai Kuali Hitam Je, Rasa Sebiji Macam Kat Food Court

Bahan-bahan:

  • 4 gulung yee mee
  • 400g ayam (ikut suka nak letak banyak pun takde masalah 😆) – basuh bersih potong kecil
  • 7 kuntum cendawan shiitake fresh (letak banyak lagi sedap😅) – basuh bersih potong 4 (kalau guna yang kering kene rendam dulu sampai kembang dan lembut)
  • 5 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1/2 inci Halia – cincang halus
  • 4 tangkai cili kering ( bergantung pada jenis cili yang kita guna, Wani guna yg jenis kerinting pedas tu)- buang biji potong 2 (kalau tak suka pedas letak 2 biji je)
  • 1 sudu kecil lada hitam – tumbuk kasar (kalau suka pedas letak 1 sudu besar)
  • 1/2 sudu kecil lada sulah – tumbuk kasar (tak nak letak pun takpe)
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar gula
  • Garam halus secukup rasa
  • 2 litter air
  • 4 sudu besar tepung jagung (boleh tambah atau kurangkan ikut kepekatan yang kita suka) – bancuh dengan 1 cawan air
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 pokok sawi – potong biasa
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara penyediaannya:

  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih halia dan cili kering sehingga keperangan.
  • Masukkan ayam tumis sehingga keluar air ayam.
  • Masukkan cendawan shiitake tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan air, sos tiram, kicap manis, kicap pekat, lada hitam dan lada sulah. Kacau dan biarkan mendidih sekejap.
  • Seterusnya, Wani masukkan bancuhan tepung jagung, dan kacau sehingga dapat kepekatan yang kita suka.
  • Akhir sekali masukkan minyak bijan, gula dan garam secukup rasa. Ok, siap kuah sizzling kita.
  • Sendukkan kuah yang dah siap tadi kedalam kuali hitam, atau hot plate kalau ada.
  • Bukak api, letak 1 gulung yee mee, sawi dan pecahkan telur sebiji. Biarkan Yee mee lembut sekejap. Ok siap untuk dinikmati..🤗