Petua Kecantikan

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan buat ayam:

  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • sos tiram
  • kicap cair
  • kicap pekat
  • serbuk lada sulah & lada hitam
  • minyak bijan

Bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk halus
  • 2 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan santan pekat
  • bawang goreng

Bahan untuk sos:

  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 biji tomato
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • sedikit kicap cair
  • sedikit daun ketumbar
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

  • air rebusan ayam
  • 1 biji bawang putih ditumbuk kasar
  • 3 biji bawang merah ditumbuk kasar
  • 1 cm halia
  • pati ayam
  • 1 pcs sup bunjut
  • garam
  • bawang goreng
  • irisan daun sop

Bahan untuk kuah kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam dan gula
  • Air rebusan ayam

Cara buat nasi ayam:

  1. panaskan air sampai mendidih di dalam periuk, masukkan ayam sampai separuh masak. (angkat dan toskan beberapa minit)
  2. Sambil menunggu, tumbuk bawang putih, halia dan lada sulah/lada hitam. Masukkan semua bahan ayam, perap ayam tadi selama 30 minit.
  3. Goreng ayam dalam kepanasan api sederhana di dalam periuk yang dalam sampai ayamnya tenggelam oleh minyak.
  4. Setelah ayam masak, toskan.
  5. Ayam sudah siap untuk dihidangkan.

Cara buat nasi ayam:

  1. Basuh beras, tos dan letakkan di dalam rice cooker.
  2. Masukkan mentega kedalam kuali, tumis bawang putih, dan halia yang telah ditumbuk, setelah kekuningan masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis sehingga naik bau harum. kemudian tuang ke dalam rice cooker.
  3. Seterusnya, masukkan air rebusan ayam, santan pekat dan daun pandan ke dalam rice cooker.
  4. Lepas nasi masak, tabur bawang goreng.
  5. Nasi ayam siap disantap.

Cara buat sup nasi ayam:

  1. Tumiskan bawang putih, bawan merah, halia dan sup bunjut dengan sedikit minyak masak sehingga kekuningan/ naik bau harum. Kemudian tuang ke dalam air rebusan ayam.
  2. Panaskan air rebusan ayam, masukkan pati ayam, garam secukup rasa.
  3. Hidangkan bersama hirisan daun sop dan bawang goreng.

Cara buat sos nasi ayam:

  1. Buang semua biji cili, kemudian kisar semua bahan.
  2. Tambahkan air rebusan ayam, kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Masak dengan api kecil hingga likat. semua bahan sos di atas.
  4. Siap untuk dihidang.
  5. Cara buat kuah kicap nasi ayam:
  6. Air kicap dari hasil perap ayam sebelumnya, dimasak dengan api kecil, masukkan semua bahan, kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
  7. Masak sehingga mendidih dah siap untuk dihidang.